Nadi Melugu X Tiny Techies – Bengkel Mahir Tiny Techies (Sumo Robot Sesi 4)

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi webinar bertajuk “Bengkel Mahir Tiny Techies (Sumo Robot Sesi 4)” telah dijalankan melalui platform Google Meet. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada asas pengaturcaraan dan teknik membina robot sumo, termasuk strategi kawalan, sensor, serta ujian pergerakan robot di arena pertandingan.

Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat generasi muda terhadap teknologi dan inovasi, di samping mengasah kemahiran logik serta penyelesaian masalah melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali